Sep
15
Filed Under (Uncategorized) by on September 15, 2013

Tarikh:13 – 15 september 2013

Tempat: Padang Smk Kunak

Hari kemuncak kokurikulum merupakan acara kemuncak tahunan untuk unit kokurikulum smk kunak. Acara ini melibatkan semua pelajar dalam badan beruniform dan kelab persatuan. Aktiviti kokurikulum sangat penting kerana menjadi pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah seterusnya memupuk semangat dan nilai-nilai murni seperti kerjasama, berdikari dan ketrampilan diri yang positif kepada semua pelajar.

pada tahun ini, hari Kemuncak Kokurikulum bertemakan “Kokurikulum Melahirkan Modal Insan Cemerlang” bersesuaian dengan matlamat yang ingin dicapai oleh sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai semangat jati diri yang kuat. pemupukan semangat ini akan dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti pertandingan kawad kaki, gajet, ikatan dan pertolongan cemas, memasang khemah, rempuh halangan dan lain-lain lagi.

Objektif:

1. mewujudkan keseimbangan mental (akademik) dengan perkembangan diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

2. Memberikan peluang sama rata kepada semua pelajar untuk mengambil bahagian dalam menunjukkan potensi diri.

3. Meningkatkan mutu disiplin pelajar dengan menyemai nilai dan sikap positif.

4. meningkatkan kerjasama dan sumbangan ibubapa dan masyarakat dengan menyaksikan aktiviti/pencapaian anak-anak pada hari kemuncak kokurikulum

.DSC_0303  DSC_0272pertandingan membuat gajet     DSC_0311DSC_0318

 

Aug
29
Filed Under (Uncategorized) by on August 29, 2013

 

Karnival sukan ini diadakan bagi mencari dan mencungkil bakat baru dalam pelbagai acara sukan dalam kalangan pelajar smk kunak. Antara acara yang dipertandingkan ialah acara 100 meter, 800 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan juga lumba jalan kaki. karnival sukan kali ini di menangi oleh rumah sukan cendrawasih di ikuti oleh kenyalang, belibis dan raja udang. Majlis sukan smk kunak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu yang terlibat menjayakan karnival sukan ini.

DSC_0254

DSC_0257

DSC_0261

DSC_0252

 

mjlis berbuka puasa

Majlis berbuka puasa dan sumbangan pelajar anak Yatim/Miskin.

Oct
01

Peperiksaan bertulis PMR 2011 akan berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan  11 Oktober 2011. Seramai 481,147 orang calon telah mendaftar untuk menduduki PMR  pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 35,190 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:
Bil
Jenis Calon
Jumlah Calon
1.
Calon Sekolah Bantuan Penuh (Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan)
448,738
2.
Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain KPM (cth: MRSM)
5,343
3.
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
10,578
4.
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM
14,061
5.
Calon Persendirian
647
6.
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
1,780
            Jumlah Besar
481,147
Sep
12
Filed Under (Uncategorized) by on September 12, 2011

kepada guru-guru yang mengisi borang perpindahan antara negeri/daerah semoga berjaya permohonan anda.

http://apps.moe.gov.my/epgo

Aug
25
Filed Under (Uncategorized) by on August 25, 2011

kepada semua warga SMK Kunak tidak kira guru-guru, staf-staf sokongan dan semua pelajar selamat bercuti pertengahan semester 2 dan selamat menyambut Aidilfitri.

Kepada guru-guru yang berjauhan dengan keluarga di kampung berhati-hatilah dalam setiap perjalanan anda agar dapat menyambut Ramadhan dan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kecerian. Kepada pelajar-pelajar ting 3, jangan jadikan cuti ini untuk anda melupakan semua kerja-kerja sekolah yang telah guru  amanahkan kerana apa yang akan menanti anda selepas cuti ini adalah PMR(4 oktober 2011).

BULAN RAMADHAN BULAN YANG MULIA,

DI SAMBUT DENGAN HATI YANG GEMBIRA,

KINI SYAWAL SEMAKIN MENJELMA,

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN.

MAAF ZAHIR DAN BATIN

 

 

 

 

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012 akan dibuka bermula  5 September 2011 sehingga 19 Disember 2011. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

http://www.moe.gov.my

Sekian, terima kasih.

Mar
02
Filed Under (Uncategorized) by on March 2, 2010

KUALA LUMPUR: Guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman, sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara berada dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebagai penggalak, mereka akan diberikan ganjaran yang diharap dapat mengatasi masalah kekurangan guru di luar bandar dan pedalaman yang sedang dialami sektor pendidikan ketika ini.

sumber : Berite Harian


Feb
10
Filed Under (Uncategorized) by on February 10, 2010

ISU pemotongan bajet di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini menjadi buah mulut dalam kalangan warganya serta pihak berkepentingan langsung dengan kementerian terbesar itu. Taklimat, pekeliling dan surat peringatan tentang pemotongan bajet turut diedarkan kepada pihak swasta, yang selama ini bekerjasama dengan kementerian itu untuk menjayakan beberapa projek.

Lebih 100 buah syarikat telah diberi peringatan tentang hal ini.

Namun begitu, gurulah yang paling terasa dalam hal ini.

Kalau sebelum ini guru sentiasa menikmati kenaikan demi kenaikan, keselesaan ditambah keselesaan dan keraian bersambung keraian, kini masa untuk bermuhasabah dan menerima sedikit kekurangan dengan reda, syukur dan bersedia untuk bersama-sama menghadapi saat senang dan susah bagai sebuah keluarga besar.

Memang gurulah yang paling terasa bahangnya. Pelaksanaan beberapa program selepas ini betul-betul terbeban di atas batu jemala, kebijaksanaan dan budi bicara guru.

Kalau dahulu tuntutan elaun merupakan pelincir kepada inisiatif pembangunan sahsiah atau akademik pelajar apabila ada program di luar, kini sedikit sebanyak telah terbantut akibat langkah pemotongan belanjawan. Sebagai guru, apakah sikap kita apabila berhadapan dengan isu sebegini?

Sedikit kesukaran benar-benar menguji keikhlasan Yang lebih penting ialah bagaimanakah caranya hendak mengatasi masalah pemotongan bajet itu dengan cukup bijaksana supaya masalah itu tidak menjejaskan kualiti pendidikan negara.

Pendekatan berjimat cermat, mencari duit melalui pelbagai aktiviti serta menggunakan pendekatan kreatif dan inovatif seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai pengupaya dengan cekap dan optimum seperti menzahirkan slogan sekolah tanpa kertas adalah salah satu cara penjimatan yang boleh dilaksanakan.

Mungkin kad laporan pelajar atau pemberitahuan aktiviti tidak perlu lagi menggunakan kertas. Cukup melalui emel atau sistem pesanan ringkas (SMS).

Pada hari ni, bagi ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah tentu sedar akan betapa lecehnya terpaksa mengisi beberapa borang yang bertalu-talu daripada pihak sekolah yang dihantar melalui anak masing-masing. Sekolah juga perlu mengamalkan konsep kitar semula kertas.

Bagi projek yang menelan belanja besar, pembiayaan melalui penganjuran dan penglibatan pihak swasta mungkin lebih berkesan. Konsep alumni terlibat dengan program sekolah juga boleh dilaksanakan. Begitu juga konsep sekolah angkat korporat serta memperkenalkan konsep pentadbiran melalui Lembaga Pengarah seperti mana dilaksanakan di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Dalam keadaan yang ekstrem, maka pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri perlu secara langsung terlibat mengurangkan beban kerajaan pusat.

Model pengagihan tanggungjawab kepada pihak berkuasa tempatan di negara maju termasuk di Amerika Syarikat (AS) boleh dilaksanakan di negara ini.

Mungkin struktur cukai di peringkat pihak berkuasa tempatan boleh diperluas skopnya, daripada hanya berfokus kepada pembekalan dan penyelenggaraan, kepada tujuan pendidikan menyeluruh.

Sesungguhnya semangat guru tidak boleh pudar dengan pemotongan belanjawan di peringkat kementerian.

Parameter terhadap tindakan dan hasilan boleh ‘berundur’ sedikit tanpa mencacatkan objektif asal. Sebagai contoh, bagi aktiviti sukan dan rekreasi, maka niat asal untuk melahirkan tubuh badan dan otak yang cerdas perlu menjadi mauduk, bukan untuk tujuan bertanding.

Sukan boleh menjadi rekreasi dan kategori dikecilkan mengikut kesesuaian umur peserta. Pertandingan yang menelan belanja besar seperti acara di peringkat kebangsaan boleh dikecilkan kepada peringkat daerah sahaja.

Namun begitu mata kredit bagi aktiviti untuk pemberat kemasukan ke universiti perlu dirombak dan dipertimbangkan semula. Pelaksanaannya perlu seragam dan menuntut keikhlasan guru.

Begitulah keadaannya. Sebagai kementerian terbesar, ramai yang terasa terpukul dengan langkah penjimatan itu. Semoga kita semua -para guru – cukup waras menghadapi situasi semasa dengan berhemah dan matang. Pengorbanan ikhlas kita, pasti akan mendapat ganjarannya kelak.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm