Sejarah Sekolah


 

LATAR BELAKANG SEKOLAH

 

Kunak merupakan salah sebuah daerah yang kecil di Sabah.  Nama asal Kunak ialah Mostyn.  Kunak mendapat nama sempena  nama sebuah kapal dagang iaitu M.V. Kunak yang berlabuh di perairan Kunak.

 

Luas Daerah Kunak ialah 1,134 km persegi dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 15,000 orang.  Sektor ekonomi utama ialah pertanian 70%, perikanan 10%, perniagaan 10%, sarang burung (Madai) 5%, pelancongan 3% dan ternakan 2%.

 

Daerah  Kunak   dihubungi dengan jalan raya  Lahad Datu – Kunak (65 km), Tawau  -  Kunak (85 km)  dan Semporna – Kunak (60 km).  

 

SEJARAH SEKOLAH

 

SMK Kunak mula dibuka sebagai Government Junior Secondary School pada tahun 1971 dan telah menumpang di bangunan SK Pekan Kunak 1 dan SRJK(C) Pai Sheng.Sekolah ini mula beroperasi di bangunan yang ada sekarang mulai tahun 1979.

 

Perasmian bangunan sekolah telah dilakukan oleh Y.B Datu Abdul Hamid Bin Datu Mustapha, Menteri Kebudayaan dan Sukan Negeri Sabah pada 26 Mac 1981.

SMK Kunak bermula sebagai sekolah menengah gred C, sebelum dinaikkan taraf sebagai sekolah menengah gred B pada tahun 1985. Mulai tahun 1994, sekolah ini telah dinaiktarafkan sebagai sekolah menengah gred A.

 

Pada tahun 2004, SMK Kunak mempunyai bilangan pelajar seramai 1576 orang, iaitu seramai 853 orang pelajar (Tingkatan 3 – Tingkatan 6) belajar di siding pagi, manakala pelajar tingkatan 1 dan 2 seramai 721 orang belajar di siding petang. Bilangan guru pula seramai 67 orang.

 



4 Responses to “Sejarah Sekolah”

  1.   muhidin Says:

    “Pada tahun 2004, SMK Kunak mempunyai bilangan pelajar seramai 1576 orang, iaitu seramai 853 orang pelajar (Tingkatan 3 – Tingkatan 6) belajar di siding pagi, manakala pelajar tingkatan 1 dan 2 seramai 721 orang belajar di siding petang. Bilangan guru pula seramai 67 orang.”

    * siding = sidang,
    ms word “disable” kan dictionary

  2.   najib Says:

    engku ingat aku lagi tak.tahniah dah jadi pk petang

  3.   nelson bin salleh Says:

    tahniahhhhhhhhh!!!!!……

  4.   rimah Says:

    pada tahun 2013 bilangan pelajar semakin meningkat.

Leave a Reply

Required fields are marked *.